Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu bagi memudahkan orang ramai sebagai penderma organ.<br /><br />Menerusi ciapan di Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, MySejahtera seterusnya akan berhubung terus dengan National Transplant Resource Centre untuk penyampaian kepada pangkalan data yang lebih teratur.
